Sekilas INSPI.......
Institut Pengajian Islam (INSPI)yang dulu dikenali sebagai MARPA,ditubuhkan pada 9hb.Feb.1984,diatas tanah seluas 11 ekar di kg.Batu 5 setgh,Binjai,Kemaman,Terengganu.Pencetus idea oleh Mantan Menteri Besar Terengganu,Tan Sri Hj Wan Mokhtar bin Ahmad.Namun,pada tahun 2006,MARPA berpindah ke pusat pengajian sementara di kg Pelandan ,Hulu Terengganu kerana kampus di Binjai dinaik taraf menjadi sebuah institusi .Pada bulan July 2009,MARPA berpindah semula ke kampus tetap di Binjai ,Kemaman ,Terengganu.Pada 28hb.Dis.2009,MARPA telah dinaiktaraf dengan nama Institusi Pengajian Islam (INSPI).
INSPI........
Adalah merupakan sebuah pusat pengajian Islam yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri Terengganu bagi melahirkan para agamawan seperti ustaz,imam dan bilal .Dalam pada itu,graduan INSPI juga mampu tampil sebagai generasi ulul albab yang berperanan menyelusuri dan merentasi zaman.
Kini....
telah berkembang pesat dengan menawarkan 3 program ,iaitu program Diploma Tahfiz Wa Dakwah ,program Pra al-Azhar(STAM) dan program Persijilan Itmamudirasah.Program Persijilan Itmamudirasah adalah merupakan satu-satunya program yang telah sekian lama wujud semenjak penubuhan MARPA dan masih kekal sehingga ke hari ini. Hal ini bertepatan lah dengan misi utama penubuhan MARPA adalah untuk melahir dan melatih para pendakwah ,imam,bilal dan guru-guru agama yang berwibawa dalam masyarakat dengan menguasai bidang-bidang pengajian Islam,pengurusan dan teknologi maklumat.Manakala , Program Pra Azhar,yang baru diperkenalkan 3tahun yang lalu,telah menampakkan hasil yang memberangsangkan.Graduan daripada program ini telah berjaya dihantar/melanjutkan pelajaran ke Mesir,Jordan dan ke Universiti-Universiti tempatan.
Manakala....
Program Diploma Tahfiz yang julung-julung kalinya diperkenalkan di INSPI,merupakan hasil kerjasama dengan pihak JAKIM .Pelajar program Diploma ini akan melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda di Mesir ,selama 3 tahun dan turut berpeluang untuk melanjutkan pengajian di universiti-universiti tempatan.
Maklumat terkini diperolehi......
Majlis Menandatangani MEMORANDUM Persefahaman Di antara Darul Quran JAKIM Dengan INSPI,Yayasan Islam Terengganu.
Tarikh:12hb.Oktober,2011(Rabu)
Masa:10.30 pagi.
Tempat:Dewan Utama,Tingkat:4,Menara YITR.
Kini,
INSPI telah melangkah selangkah lagi,dengan mengadakan MoU dengan Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim,Riau,Indonesia(UIN-SUSKA) dalam program Ijazah Sarjana Muda .INSPI merupakan satu-satunya institusi di Malaysia yang merintis usahasama dengan pihak UIN-SUSKA .Lebih membanggakan lagi,INSPI kini menjadi Duta Kecil Malaysia di Indonesia.Sehingga kini seramai 20 orang pelajar INSPI telah menjejakkan kaki ke UIN-SUSKA pada bulan Oktober,2010,sebagai perintis MoU yang telah dimeterai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan