Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 8 Oktober 2011

Syahadah Tokku Paloh(Allahyarham Sayid Abdurrahman)

AshhadualLaallahaillallah.....

Ertinya:Aku ketahui dan Aku iktiqad dengan hatiku dan aku nyatakan bagi yang lain daripadaku akan bahawa ,sesungguhnya tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah jua,yang Kaya Ia daripada tiap-tiap yang lain daripadaNya ,dan Berkehendak oleh tiap-tiap yang lain itu kepada-Nya.Lagi yang bersifat Ia dengan tiap-tiap sifat kesempurnaan yang Maha Suci Ia daripada segala kekurangan dan daripada barang yang terlintas Ia di dalam segala hati daripada barang yang tiada patut Ia bagiNya,lagi tiada beristeri dan tiada anak dan tiada yang memperanakkan bagiNya.Dan tiada menyamai Ia pada zatNya dan sifatNya dan af"alNya akan seseorang maka Ialah Tuhan yang menjadi Ia akan segala makhluk yang "ulwiNya dan syufliNya lagi ketunggalan Ia pada mengadakan dan mentiadakan dengan kekerasan ta'luk Qudrat dan Iradat Nya maka terserahlah segala kainat ini semuanya pada bawah perintahNya dan tiadalah jenis 'itirat bagi seorang jua pun akan kehendakNya.




WaAshhaduanna Muhammadarrasulullah......

Dan aku ketahui dan aku iktiqad dengan hatiku dan aku nyatakan bagi yang lain daripadaku akan bahawa sesungguhnya penghulu kita,Nabi Muhammad ,anak Abdullah itu hamba Allah dan pesuruhNya kepada sekalian makhluk lagi sangat benar ia pada tiap-tiap barang yang ia khabarkan dengan dia daripada Tuhannya.Maka wajiblah atas tiap-tiap makhluk itu benar akan dia dan mengikut akan dia dan haram atas mereka itu mendusta ia akan dia atau menyalahi akan dia maka barangsiapa yang mendusta ia akan dia maka orang itu zalim ia lagi kafir ia,dan barang siapa yang menyalahi ia akan dia maka orang itu derhaka ia lagi binasa ia.(Mula menadah doa)Mudah-mudahan  memberi taufiq akan kita oleh Allah bagi sempurna mengikut akan dia dan mengurnia ia bagi kita akan sempurna berpegang dengan jalan nya dan menjadi ia akan kita akan setengah daripada orang yang menghidup ia akan segala hukum  syariatNya dan mematikan Ia akan kita atas agamaNya dan menghimpun Ia akan kita serta perhimpunannya.Demikian lagi segala yang memperanak akan kita dan ahli kita dan segala saudara kita dan yang kasih Ia akan kita dan segala sahabat kita daripada segala orang yang Muslimin.Amiiin.
--Syahadat Tokku ini adalah satu amalan tambahan turun temurun .Dibaca selepas solat 5 waktu,ketika bangun tidur atau pun doa amalan harian.



3 ulasan:

  1. perkataan syahadah tidak ditulis didalam bahasa arab

    BalasPadam
  2. menurut ceritanya:satu zaman tok ku paloh (masih hidup/meninggal)...masyarakat kata syahadah toku paloh (katanya :satu ajaran sesat)akhirnya dibawa bicara oleh mahkamah...rupa2nya ada dikalangan hakim atau peguam ketika itu menghafz shahadat tokku dsn mengamalkanya... akhirnya dibawa bicara mahkamh syariah ketika itu...syhadat tokku berjaya dimenangi...kalah pengadu dan pembawa kes shadat tokku ke mahkamah.....

    BalasPadam